Pengenalan

Trefound Educare Sdn. Bhd. (TE) adalah syarikat milik penuh YAYASAN TERENGGANU yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 4 Januari 1992. No. Syarikat adalah 231764 U. TE kini beroperasi di Tingkat 4, Bangunan Yayasan Terengganu, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu dengan modal saham dibenarkan berjumlah RM1,000,000 dan modal berbayar berjumlah RM1,000,000.

Pada 1 Ogos 2002, TE telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia sebagai Pusat Bertauliah (Kod L01215) bagi menawarkan program-program latihan kemahiran kepada pelatih-pelatih.

Kini TE adalah sebuah Kolej latihan yang menyumbang dan membekalkan tenaga mahir dan terlatih dalam bidang kemahiran pengurusan pejabat, sistem komputer dan pegawai latihan vokasional (VTO –Vocational Training Operation) di negeri Terengganu. Lepasan KKYT diterima bekerja dengan syarikat IT, bukan IT dan juga sebagai usahawan semua jabatan dan syarikat yang memerlukan.