Dari Meja CEO

Mohd Razki bin Haji Alias
Ketua Pegawai Eksekutif

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السَّلامُ عَلَيْكُم ورَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ dan salam sejahtera.
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Semoga anda berada dalam keadaan dilimpahi rahmat dan redha Allah Subhaanahu Wa Ta’ala, Ameen.Segala puji bagi Allah Subhaanahu Wa Ta’ala, Tuhan Semesta Alam.Selamat datang saya ucapkan kepada anda yang melayari Laman Web Rasmi Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT).

Kepada mereka yang baru sahaja kunjungi laman sesawang atau `website’ Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT), saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana mengambil langkah yang bijak. Pengenalan ini adalah penting untuk menentukan masa depan anda atau anak-anak jati negeri Terengganu. KKYT telah mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) sebagai Pusat  Bertauliah bagi menawarkan program-program latihan kemahiran kepada pelajar lepasan SPM di negeri Terengganu. KKYT yang merupakan anak syarikat milik penuh Yayasan Terengganu yang memberi penekanan kepada pembentukan akhlak yang mulia, sikap amanah, disiplin, perlaksanaan prinsip-prinsip Islam dan integriti serta kemahiran yang tinggi.

Sebagai sebuah kolej kemahiran, KKYT memberi penekanan kepada kecemerlangan bidang kemahiran yang berkualiti, staf akademik dan kemahiran yang kompeten dan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sistematik dan lebih tersusun. KKYT telah melahirkan 1500 orang graduan yang telah ditauliahkan dan mendapat sijil  serta Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Sebahagian besar lepasan KKYT ini telah mendapat pekerjaan di pelbagai agensi serta syarikat swasta dan kerajaan.

KKYT juga akan membuka ruang baru dalam dunia kemahiran dengan menawarkan program-program yang berdaftar dengan JPK yang di perlukan oleh industri kemahiran hari ini dan masa hadapan selari dengan visi dan misi KKYT. Bagi pihak seluruh warga KKYT termasuk ahli-ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan, staf akademik dan pentadbiran dan pelajar, kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk menjadi sebahagian daripada warga KKYT.

‘Meningkat Kemahiran, Menjana Kemahiran’