8 November 2018 – Seramai 63 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelatih Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT) telah terlibat dalam program Explorace 2018 “Generasi Citra Warisan Ibunda”. Program ini dianjurkan oleh pelatih kursus Penyeliaan Pengurusan Pejabat bertempat di Muzium Negeri Terengganu.
Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 3.00 petang ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara warga KKYT disamping meningkatkan jati diri serta memupuk semangat kerjasama dikalangan pelatih. Pemilihan Muzium Negeri Terengganu sebagai lokasi program bagi mendedahkan pelatih untuk lebih menghargai sejarah serta warisan denganAcara bermula di mana semua peserta dan fasilitator berkumpul untuk melalukan aktiviti regangan dan memanaskan badan.
Selesai aktiviti tersebut, peserta dipecahkan kepada lapan kumpulan untuk acara ice breaking sebelum dilepaskan bagi menyelesaikan tugasan di semua checkpoint yang telah ditetapkan.
Terdapat lapan cabaran yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan antaranya menyelesaikan cabaran uji minda melalui acara teroka warisan, teka silang kata, permainan tradisional seperti congkak, terompah gergasi, terompah gergasi dan sebagainya. Kemuncak program yang diadakan ialah upacara penyampaian hadiah kepada peserta oleh Pengurus Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu iaitu Puan Che Wan Normalia binti Che Wan Ngah, diikuti dengan Penolong Pegawai Tadbir Muzium Negeri Terengganu iaitu Encik Ahmad Khairul Herman bin Rozali.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Muzium Negeri Terengganu diatas kerjasama yang telah diberikan.